Kenyataan Privasi NTT

1. Pendahuluan

NTT Ltd. dan sekutunya (dirujuk secara kolektif sebagai ‘NTT Ltd.’, ‘kami’, ‘kita’) memahami kepentingan untuk memastikan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, perkongsian, dan penghapusan (dirujuk secara kolektif dengan kata dasar, ‘Guna’) maklumat berkaitan dengan anda (‘Data Peribadi’) adalah berlandaskan tatacara yang adil, beretika, telus, selamat, dan sah di sisi undang-undang.

Kenyataan Privasi ini menerangkan Data Peribadi apa mengenai anda yang kami Guna, bagaimana kami Menggunakan ia, dan pilihan serta hak anda melibatkan Data Peribadi anda.

 

Kenyataan Privasi ini terpakai ke atas Penggunaan Data Peribadi anda oleh kami dalam interaksi kami dengan anda melalui laman web serta laman media sosial kami (‘Laman’) yang dihubungkan dengan Kenyataan Privasi kami, atau Data Peribadi mengenai anda yang mungkin kami kumpul di luar talian atau terima daripada pihak lain.

Di lokasi-lokasi tertentu di seluruh dunia, kami mengguna pakai syarat tambahan ke atas cara kami Menggunakan Data Peribadi anda. Sila rujuk notis dan kenyataan privasi yang berkenaan bagi lokasi-lokasi tersebut.

Kenyataan Privasi ini dimasukkan ke dalam, dan merupakan sebahagian daripada, Terma Penggunaan kami yang mentadbir penggunaan Laman kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara kami Menggunakan Data Peribadi anda atau ingin membuat aduan, sila hubungi kami di privacyoffice@global.ntt

2. Maklumat Mengenai Anda yang Kami Kumpul

Data Peribadi merupakan apa-apa jenis maklumat yang mengenal pasti anda atau berkaitan dengan anda.

Kami mengumpul Data Peribadi mengenai anda melalui pelbagai sumber, termasuk: Data Peribadi yang kami kumpul secara langsung daripada anda; Data Peribadi mengenai anda yang kami kumpul secara automatik menerusi penggunaan Laman kami; dan Data Peribadi yang kami kumpul daripada sumber-sumber lain, seperti yang diterangkan dalam Kenyataan Privasi ini.

Jenis Data Peribadi yang kami kumpul mengenai anda adalah berbeza mengikut jenis interaksi kami dengan anda.

  • Data Peribadi yang kami kumpul secara langsung daripada anda.

    Kami mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda dalam situasi-situasi berikut:
    • Menerima anda sebagai klien kami: kami mengumpul nama, maklumat perhubungan perniagaan, jawatan, serta nama majikan anda apabila kami menerima anda sebagai klien atau wakil bagi pihak klien kami.
    • Membeli produk, perkhidmatan atau solusi kami: untuk memesan produk, perkhidmatan dan solusi kami, anda perlu mencipta sebuah akaun terlebih dahulu (rujuk di atas bagi maklumat yang dikumpul); selain maklumat yang dikumpul melalui proses penciptaan akaun tersebut, kami juga akan mengumpul maklumat pembayaran anda.
    • Menghubungi atau memberi maklum balas kepada kami: jika anda meminta maklumat daripada kami, kami mungkin akan mengumpul nama, maklumat perhubungan, jawatan, industri, lokasi, dan maklumat pertanyaan anda. Kami juga mungkin memperoleh maklum balas anda mengenai produk, perkhidmatan dan solusi kami apabila anda memberi respons kepada tinjauan kami.
    • Melanggan senarai mel atau buletin (newsletter) kami: jika anda melanggan buletin atau menyertai senarai mel kami, kami akan mengumpul alamat e-mel anda.
    • Muat turun kertas putih, laporan, atau kolateral lain: kami mungkin mengumpul nama, maklumat perhubungan, jawatan, industri, dan lokasi anda.
    • Mendaftar dan menghadiri acara, bengkel, atau seminar kami: kami mengumpul nama, maklumat perhubungan, pilihan makanan, pilihan maklumat perhubungan, dan maklumat anda yang lain seperti yang mungkin dinyatakan dalam borang acara kami.
    • Menggunakan Laman kami: apabila anda menggunakan Laman kami, kami akan mengumpul maklumat mengenai penggunaan Laman tersebut oleh anda serta sebarang maklumat yang anda hantar melalui Laman tersebut.
    • Interaksi dengan laman media sosial kami: jika anda pos di laman media sosial kami, kami mungkin mengumpul maklumat mengenai anda daripada pos tersebut. Lazimnya, kami Menggunakan maklumat ini untuk menjawab pertanyaan anda dan biasanya kami tidak akan mengaitkan maklumat ini dengan akaun anda.
  • Data Peribadi yang kami kumpul secara automatik.

    Kami, serta pembekal perkhidmatan kami, secara automatik mengumpul maklumat berikut mengenai anda melalui penggunaan Laman kami oleh anda melalui kuki, mata arah web, dan teknologi lain yang turut meliputi: nama domain anda; jenis pelayar dan sistem operasi anda; halaman web yang anda kunjungi; pautan yang anda klik; keutamaan bahasa; maklumat demografi seperti keutamaan pemasaran anda; alamat IP anda; jangka waktu anda mengunjungi atau menggunakan Laman kami; serta URL merujuk atau halaman web yang telah membawa anda ke Laman kami. Kami juga mungkin mengumpul lokasi kasar anda melalui pengumpulan alamat IP anda. Lazimnya, kami tidak akan menggabungkan maklumat ini dengan maklumat lain mengenai anda yang telah kami kumpul, termasuk, Data Peribadi yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila lihat seksyen ‘Kuki dan Teknologi Seumpamanya’ di bawah.
  • Data Peribadi yang kami kumpul melalui sumber-sumber lain.

    Kami juga mengumpul Data Peribadi daripada sumber-sumber lain, seperti yang berikut:
    • Sekutu kami: tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, dan, di mana diperlukan, keizinan anda, sekutu kami mungkin membekalkan maklumat perhubungan anda kepada kami jika mereka percaya sesuatu produk, perkhidmatan atau solusi mungkin menarik minat anda.
    • Rakan kongsi perniagaan kami: kami mengumpul maklumat mengenai anda melalui rakan kongsi perniagaan kami, iaitu entiti yang menawarkan perkhidmatan berjenama bersama atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti pemasaran bersama dengan kami.
    • Pangkalan data awam atau perkhidmatan penambahbaikan senarai: kami memperoleh maklumat mengenai anda daripada pangkalan data awam serta perkhidmatan penambahbaikan senarai. Contohnya, kami mungkin menggunakan pembekal perkhidmatan untuk mengesahkan alamat surat-menyurat. Dalam sesetengah situasi, pembekal perkhidmatan eksternal kami mungkin melakukan aktiviti surat-menyurat dan kami tidak akan memperoleh maklumat mengenai alamat yang dikemas kini.

Kami tidak mengumpul Data Peribadi mengenai anda yang sensitif atau yang tergolong dalam kategori khas, cth: maklumat berkaitan dengan kesihatan, maklumat biometrik atau genetik, agama, kepercayaan politik, keahlian persatuan, bangsa, atau orientasi seksual dan meminta agar anda tidak menghantar atau memberikan maklumat ini kepada kami.

Anda boleh memilih untuk tidak membekalkan Data Peribadi kepada kami dalam situasi-situasi tertentu. Walau bagaimanapun, jika Data Peribadi anda diperlukan untuk membolehkan kami menawarkan anda produk, perkhidmatan atau solusi, akses ke atas Laman kami, atau untuk melaksanakan fungsi pentadbiran, kami mungkin tidak dapat melakukan perkara-perkara ini tanpa Data Peribadi anda.

3. Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Kami Menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan berikut, yang bergantung kepada tujuan Data Peribadi anda dikumpul serta hubungan kami dengan anda:

  • Pelaksanaan atau kemasukan kontrak dengan anda atau majikan anda: untuk menawarkan produk, perkhidmatan atau solusi kami kepada anda dan untuk bertindak berdasarkan permintaan anda.
  • Kepentingan perniagaan kami yang sahih: untuk melindungi kepentingan perniagaan kami yang sahih atau kepentingan sahih pihak ketiga, iaitu pihak yang memperoleh perkongsian Data Peribadi anda daripada kami. Secara khusus, kami bersandar kepada kepentingan yang sahih bagi tujuan pengurusan, pengoperasian atau mempromosikan perniagaan kami, termasuk kegiatan pemasaran langsung, serta pemindahan intra-NTT melibatkan Data Peribadi untuk tujuan perniagaan dan pentadbiran. Apabila kami Menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan kepentingan tersebut, kami akan menilai kepentingan perniagaan kami untuk memastikan ia tidak mengatasi hak dan kebebasan asasi anda. Di samping itu, anda berhak untuk membantah Penggunaan Data Peribadi anda oleh kami dalam situasi tertentu. Sila, rujuk seksyen ‘Hak Anda’ dalam Kenyataan Privasi ini.
  • Pematuhan kewajipan undang-undang mandatori: untuk memastikan kami mematuhi undang-undang dan peraturan yang mentadbir serta menyelaras bagaimana kami menjalankan perniagaan.
  • Keizinan yang anda berikan: di mana anda telah memberikan keizinan kepada kami untuk Menggunakan Data Peribadi anda. Anda boleh menarik balik keizinan yang diberikan pada bila-bila masa. Apabila anda memberikan keizinan, anda akan diberi butiran mengenai tatacara Penggunaan Data Peribadi anda oleh kami dan di mana anda boleh menarik balik keizinan yang diberikan jika anda mengubah fikiran.

4. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Mengenai Anda

Kami mungkin Menggunakan Data Peribadi anda untuk:

  • membolehkan anda menggunakan secara efektif dan untuk memperbaiki produk, perkhidmatan dan solusi kami. Contohnya untuk:
    • melakukan fungsi pentadbiran dan perniagaan serta pelaporan dalaman
    • menghantar maklumat pentadbiran kepada anda dan menguruskan hubungan perniagaan kami dengan anda
    • memperoleh maklum balas daripada anda mengenai produk, perkhidmatan dan solusi kami, termasuk melalui tinjauan kepuasan pelanggan, yakni dalam situasi demikian, kami hanya akan Menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan menghantar tinjauan (melalui platform Pengurusan Pengalaman Pelanggan pihak ketiga kami) kepada anda
    • mengakses prestasi Laman kami dan memperbaiki operasinya
    • memproses pesanan anda dan menawarkan anda produk, perkhidmatan dan solusi kami
    • menawarkan anda maklumat terkini mengenai produk, perkhidmatan dan solusi kami
    • memberi maklum balas kepada pertanyaan anda dan memenuhi permintaan yang dibuat oleh anda
    • mengemas kini rekod kami dan memastikan maklumat perhubungan anda di kemas kini
  • Membekalkan anda bahan pemasaran serta memperibadikan pengalaman anda. Contohnya untuk:
    • menghantar komunikasi pemasaran kepada anda
    • memberikan anda pengalaman yang lebih diperibadikan apabila anda berinteraksi dengan kami
    • membolehkan anda melanggan buletin dan senarai mel kami
    • membolehkan anda menguruskan keutamaan pemasaran dan kuki anda
    • membolehkan anda mendaftar bagi acara, bengkel, dan seminar yang dianjurkan oleh kami
  • Mencapai sasaran perniagaan dan menganalisa maklumat. Contohnya untuk:
    • mewujudkan, menguruskan, dan menjaga hubungan perniagaan kami dengan anda
    • menghimpunkan statistik penggunaan bagi Laman kami
    • memproses dan memberi respons kepada permintaan melibatkan privasi, pertanyaan, kekhuatiran, dan aduan
    • menunaikan kewajipan kontrak kami
  • Untuk tujuan penyelidikan dan analitikal. Contohnya untuk:
    • memahami dengan lebih baik bagaimana anda menggunakan Laman kami
    • memperbaiki produk, perkhidmatan dan solusi kami
    • menilai permintaan ke atas produk, perkhidmatan dan solusi
    • menyelia tinjauan dan soal selidik, bagi tujuan seperti penyelidikan pasaran atau keperluan kepuasan pelanggan
  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami. Contohnya untuk:
    • menyiasat, mencegah, atau mengambil tindakan ke atas aktiviti haram dan penyelewengan
    • menyiasat perlanggaran Terma Penggunaan kami atau Kenyataan Privasi ini

5. Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Mengenai Anda

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak-pihak berikut bagi tujuan yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini (seperti yang berkenaan):

  • Sekutu kami: bagi tujuan yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini. NTT Ltd. ialah pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Data Peribadi yang Digunakan secara bersama.
  • Rakan kongsi perniagaan: untuk menawarkan perkhidmatan berjenama bersama atau bergiat dalam aktiviti-aktiviti pemasaran bersama, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
  • Pembekal perkhidmatan: untuk menyediakan perkhidmatan operasi atau memudahkan transaksi bagi pihak kami, termasuk namun tidak terhad kepada pemprosesan pesanan, membantu dalam aktiviti berkaitan dengan jualan atau sokongan pasca jualan, sokongan klien, penghantaran e-mel, analitik data, pengedaran tinjauan dan cerapan, serta pengauditan.
  • Pihak berkuasa: untuk memberi respons kepada permintaan maklumat oleh pihak berkuasa yang kompeten mengikut, atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang berkenaan, peraturan, atau proses perundangan; atau di mana perlu untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau perintah kerajaan.

Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi dalam situasi-situasi berikut:

  • Apabila anda memberi keizinan bagi perkongsian Data Peribadi anda.
  • Berhubung kait dengan, sebarang urus niaga sama, penyatuan syarikat, penjualan aset syarikat, konsolidasi atau penstrukturan semula, pembiayaan, atau pengambilalihan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan kami oleh atau kepada syarikat lain dan kepada penasihat kami dan penasihat syarikat lain yang berkenaan dalam transaksi tersebut.
  • Untuk melindungi hak, harta atau keselamatan NTT, rakan kongsi perniagaannya, anda, atau pihak yang lain, atau sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.
  • Atas sebab undang-undang yang lain.

Apabila kami berkongsi Data Peribadi dengan pembekal perkhidmatan kami atau pihak lain, kami telah mengambil usaha yang wajar untuk memastikan mereka melaksanakan langkah penjagaan dari segi fizikal, pentadbiran, dan teknikal yang bersesuaian untuk melindungi Data Peribadi dan tidak dibenarkan untuk menggunakan Data Peribadi bagi apa jua tujuan selain tujuan atau akses yang diberikan kepada mereka.

6. Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Mengenai Anda

Kami bertekad untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kemusnahan, kehilangan, perubahan, akses tidak sah, atau penzahiran secara tidak sengaja atau salah di sisi undang-undang dengan melaksanakan langkah penjagaan dari segi fizikal, pentadbiran, dan teknikal serta mengkehendaki pembekal perkhidmatan kami iaitu pihak yang memperoleh penzahiran Data Peribadi anda daripada kami untuk turut berbuat demikian, melalui kewajipan kontrak.

Sila ambil maklum bahawa kami tidak boleh menjamin keselamatan Data Peribadi anda dan anda dikehendaki untuk mengambil langkah yang wajar untuk melindungi Data Peribadi anda (cth: dengan tidak berkongsi kata laluan anda, memilih kata laluan yang kukuh dan pendekatan-pendekatan lain).

Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Mengenai Anda

Kami menyimpan maklumat mengenai anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpul, kecuali apabila kami perlu menyimpannya untuk jangka masa yang lebih lama untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, melindungi aset kami, atau menegakkan hak kami. Kriteria yang kami guna untuk menentukan berapa lama kami menyimpan Data Peribadi meliputi:

  • kami dikehendaki di bawah kewajipan undang-undang, kontrak, atau yang lain untuk menyimpan Data Peribadi anda, atau atas sebahagian daripada penyiasatan untuk tujuan litigasi
  • Data Peribadi anda diperlukan untuk mengekalkan rekod perniagaan dan kewangan yang tepat
  • wujud kaedah automatik yang membolehkan anda mengakses dan menghapuskan Data Peribadi anda pada bila-bila masa
  • anda telah memberikan keizinan kepada kami untuk menyimpan Data Peribadi anda bagi jangka waktu yang lebih lama dan penyimpanan Data Peribadi anda dibuat sejajar dengan keizinan yang diberikan

Dalam sesetengah situasi, kami mungkin akan menganonimkan maklumat anda selari dengan polisi kami dan mungkin menyimpan rekod beranonim ini untuk jangka waktu yang lebih lama.

8. Pemindahan antara Sempadan

Sebagai syarikat global yang beroperasi di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke negara-negara di mana kami menjalankan perniagaan atau ke organisasi antarabangsa yang berkait dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan selari dengan Kenyataan Privasi ini.

Apabila kami memindah Data Peribadi anda keluar dari negara asal ia dikumpul ke negara ketiga atau organisasi antarabangsa, kami memastikan tatacara penjagaan yang bersesuaian diambil, sejajar dengan undang-undang yang berkenaan, untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi. Anda boleh mendapatkan salinan tatacara penjagaan ini dengan menghubungi kami seperti yang diperihalkan dalam seksyen ‘Cara untuk Menghubungi Kami’ di bawah.

9. Hak Anda

Anda mempunyai hak ke atas Data Peribadi anda di bawah pelbagai undang-undang yang termaktub di pelbagai negara, namun kami menawarkan ia tanpa mengira faktor lokasi anda.

Kami komited untuk menegakkan hak anda, yang meliputi:

  • Hak untuk dimaklumkan: anda mempunyai hak untuk mengetahui Data Peribadi apa yang kami miliki mengenai anda, apa yang kami melakukan dengannya, dari mana kami mendapatkannya, dengan siapa kami berkongsi, berapa lama kami menyimpannya, dan mengapa kami memerlukannya.
  • Hak untuk mengakses: anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda dan memperoleh salinan Data Peribadi anda daripada kami.
  • Hak untuk membetulkan: anda mempunyai hak untuk mengemas kini Data Peribadi mengenai anda yang tidak tepat dan/atau tidak lengkap.
  • Hak untuk dilupakan: anda mempunyai hak untuk meminta Data Peribadi anda dipadam atau dihapuskan.
  • Hak untuk mengalihkan data: anda mempunyai hak untuk memindahkan atau menyalin Data Peribadi anda dengan kaedah yang selamat dan menggunakannya semula bagi tujuan anda sendiri.
  • Hak untuk menarik balik keizinan: anda mempunyai hak untuk menarik balik keizinan pada bila-bila masa berkenaan dengan Penggunaan Data Peribadi anda atau aktiviti pemasaran langsung.
  • Hak untuk membataskan Penggunaan: anda mempunyai hak untuk mengehadkan cara kami Menggunakan Data Peribadi anda.
  • Hak untuk membantah: anda mempunyai hak untuk menghentikan atau menghalang kami daripada Menggunakan Data Peribadi anda. Secara khusus, anda boleh membantah Penggunaan Data Peribadi anda oleh kami bagi tujuan pemasaran langsung atau penjualan Data Peribadi anda.
  • Hak untuk mencabar keputusan automatik: anda mempunyai hak untuk mempersoal dan menyemak keputusan yang dibuat mengenai anda menggunakan kaedah automatik (cth: tanpa penglibatan atau campur tangan manusia).
  • Hak untuk mengadu: anda mempunyai hak untuk membuat aduan atau menyuarakan kekhuatiran mengenai cara kami Menggunakan Data Peribadi anda. Aduan boleh dibuat terus kepada kami atau Lembaga Perlindungan Data Peribadi yang relevan.

Apabila anda menghubungi kami, kami mungkin akan meminta maklumat khusus daripada anda untuk mengesahkan identiti anda supaya bantuan dapat diberikan. Di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan, kami mungkin akan mengenakan bayaran yang munasabah untuk mengakses Data Peribadi anda, namun kami akan memaklumkan anda mengenai sebarang bayaran terlebih dahulu.

Dalam sesetengah kes, kami mungkin tidak dapat memenuhi sesebuah permintaan atas faktor perundangan atau peraturan yang lain, atau kami mungkin tidak dikehendaki untuk memenuhi hak ini di bawah undang-undang yang berkenaan. Kami juga mungkin mempunyai kepentingan perniagaan yang sahih untuk menolak permintaan yang dibuat bagi memenuhi hak anda.

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat permintaan, aduan, atau pertanyaan mengenai hak-hak ini seperti yang diperihalkan dalam seksyen ‘Cara untuk Menghubungi Kami’ di bawah.

10. Kuki dan Teknologi Seumpamanya

Apabila anda mengakses Laman kami, kami serta pembekal perkhidmatan kami menggunakan kuki (fail teks kecil yang mengandungi nombor identifikasi unik yang diletakkan pada komputer atau peranti anda) dan teknologi seumpamanya termasuk skrip, pautan web terbenam, mata arah web, Objek Terkongsi Lokal (kuki denyar) dan Penstoran Lokal (HTML 5).

Kami dan pembekal perkhidmatan kami menggunakan kuki untuk membantu kami dengan aktiviti-aktiviti seperti:

  • membolehkan anda mendaftar masuk ke Laman kami
  • mengesahkan anda
  • memantau maklumat yang anda berikan kepada kami
  • memperbaiki pengalaman melayar web anda
  • mengubah suai interaksi kami dengan anda
  • menyimpan dan menguruskan keutamaan dan tetapan anda
  • menghimpunkan data statistik
  • menganalisa prestasi dan kebolehgunaan Laman kami
  • menilai corak trafik Laman kami
  • mengetahui bahagian mana di Laman kami yang telah dikunjungi

Teknologi-teknologi ini mengumpul maklumat yang dihantar oleh pelayar anda kepada Laman kami, ia juga menggunakan data, seperti jenis pelayar anda, maklumat mengenai alamat IP anda (pengecam unik yang diberikan kepada sesebuah komputer atau peranti yang membolehkan komputer atau peranti tersebut berkomunikasi melalui internet), berserta tarikh, waktu dan tempoh lawatan anda, halaman yang anda kunjungi, dan pautan yang anda klik.

Laman kami juga mungkin mengandungi mata arah web atau teknologi seumpamanya daripada pembekal analitik, iaitu melaluinya mereka mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di Laman kami untuk membantu kami menghimpunkan statistik beragregat.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan kuki dan teknologi lain, sila rujuk Kenyataan Kuki yang berkenaan.

Ketika ini, Laman kami tidak mengecam permintaan “do-not-track” oleh pelayar web, namun beberapa pembekal perkhidmatan kami yang menggunakan kuki atau mata arah web ini di Laman kami membolehkan anda menarik diri daripada amalan pengiklanan bersasar. Anda boleh, bagaimanapun, menyahdayakan fungsi penjejakan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam seksyen ini (cth: dengan mematikan kuki); anda juga boleh menarik diri daripada pengiklanan bersasar dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam Kenyataan Kuki.

11. Pautan ke Laman Web dan Aplikasi Pihak Ketiga

Laman kami mungkin menyediakan pautan ke laman web pihak lain. Sesetengah kandungan, pengiklanan, dan fungsi Laman kami mungkin dibekalkan oleh pihak lain yang tidak berkaitan dengan kami.

Kami tidak bertanggungjawab ke atas dan tidak membuat pernyataan atau memberi waranti dalam perihal melibatkan sekuriti, amalan privasi, dan kandungan laman web tersebut. Sila pastikan anda membaca polisi privasi dan kuki yang berkenaan bagi laman pihak ketiga sebelum berkongsi Data Peribadi di laman web pihak ketiga tersebut. Penggunaan laman pihak ketiga oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

Anda juga boleh berinteraksi dengan kami melalui ‘plug-in’ media sosial dengan mengetik ‘like’ atau berkongsi maklumat yang disediakan di Laman kami. ‘Plug-in’ media sosial dioperasikan oleh perkhidmatan rangkaian sosial itu sendiri (seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, Google+, dll.) dan tertakluk kepada terma penggunaan, polisi privasi dan kuki rangkaian sosial tersebut. Sila pastikan anda mengambil maklum mengenai perkara ini.

12. Komunikasi Pemasaran Langsung

Kami mungkin akan menghantar komunikasi pemasaran langsung kepada anda mengenai produk, perkhidmatan dan solusi kami.

Anda boleh memilih untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami.

Anda boleh menarik diri daripada menerima bahan pemasaran daripada kami pada bila-bila masa dan menguruskan keutamaan komunikasi anda dengan:

  • memilih opsyen untuk ‘Unsubscribe’ yang disertakan dalam komunikasi kami dengan anda di bahagian dasar Laman kami
  • mengemas kini keutamaan anda dalam talian di ‘Preference Center’ kami
  • menghantar e-mel ke privacyoffice@global.ntt

Setelah kami menerima dan mengesahkan permintaan penarikan diri anda, kami akan memenuhi permintaan anda secepat mungkin.

Jika anda menarik diri daripada penerimaan komunikasi pemasaran daripada kami, kami mungkin masih akan menghantar mesej yang berkaitan dengan pentadbiran kepada anda atas sebahagian daripada penggunaan berterusan produk, perkhidmatan dan solusi kami, yang tidak menyertakan opsyen untuk menarik diri.

Kami tidak akan memberikan Data Peribadi anda kepada pihak yang tidak berkaitan bagi tujuan pemasaran langsung mereka sendiri atau menjual, menyewa, mengedarkan, atau menyediakan Data Peribadi secara komersial bagi mana-mana pihak ketiga.

13. Privasi Kanak-Kanak

Kami menggalakkan para ibu bapa dan penjaga untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian. Laman kami tidak disasarkan kepada kanak-kanak. Jika anda percaya bahawa kami mungkin telah mengumpul Data Peribadi mengenai sesiapa yang belum mencapai had umur untuk memberi keizinan di negara anda tanpa keizinan yang sewajarnya daripada pihak ibu bapa atau penjaga anak tersebut, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel ke privacyoffice@global.ntt.

14. Pengemaskinian Kenyataan Privasi Kami

Pengemaskinian Kenyataan Privasi kami mungkin akan dilaksanakan pada bila-bila masa. Jika kami melaksanakannya, kami juga akan mengemas kini butiran ‘Versi’ dan ‘Ubahsuaian terakhir’ di bahagian pangkal Kenyataan Privasi kami.

Kami menggalakkan anda untuk menyemak Kenyataan Privasi kami secara berkala agar anda kekal termaklum mengenai tatacara Penggunaan Data Peribadi anda oleh kami serta amalan privasi kami.

15. Cara untuk Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara kami Menggunakan Data Peribadi anda, termasuk kekhuatiran mengenai privasi anda, atau ingin membuat permintaan atau aduan mengenai Data Peribadi anda, sila hubungi kami di privacyoffice@global.ntt.

Ubahsuaian terakhir: 15 Julai 2020